Haha.. Mula2 sekali sy nak gelak.. Kenapa? Sebab saya rasa macam tak percaya.. Rasa macam tak percaya yang akhirnya saya dapat juga menikmati 'treatment' pelangsingan badan di LONDON Weight Management. Selama ni saya cuma menonton di televisyen tentang semua rawatan yg diberikan. Tapi hari ni saya dah menikmatinya sendiri.
Pengalaman yang sangat menyoronokkan. Sebenarnya saya tidak la obes atau gemuk sangat. Tapi cukup sekadar berat badan melebihi berat ideal. Pada mulanya saya berjalan di Jusco Kepong. Tiba2 ada orang tegur buat promosi tentang New York Skin Solution, RM28. Saya tak bawa duit banyak, tapi tiba2 terpandang LONDON Weight Management. Kebetulan sebelum tu saya baru je mengeluh tentang berat badan saya, jadi saya sangat teruja melihat promosi LONDON dengan harga RM18. Saya pun cuba.
Hari ni saya sendiri pergi ke tempat tu, dan menjalani rawatan tersebut. Wah, memang saya sangat teruja. Buat rawatan yang kali pertama ni saya sudah turun berat badan sekilo dan pengurangan lilitan sehingga 6.9cm. Tapi diorang ni memang pandai cari pelanggan. Lepas dah datang, dia suruh datang lagi dengan bagi cara buat bayaran ansuran dan dapat percuma 3 kali rawatan dan bermacam2 lagi yang percuma. Wah, sapa yang tak nak. Lebih2 lagi bila dah nampak kesannya depan mata. Terasa macam nak pergi lagi.
Kalau ada rezeki mungkin saya akan pergi. Sangat best, apatah lagi buat semua ni untuk tambat hati suami..
Setakat ni coretan hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.


No comments:
Post a Comment